Monday 16 November 2015

Breastfeeding 001 | Dear mom, who feels like she wants to QUIT

9:43 pm | 0 Comment(s)
Khas untuk semuaaaaa yang bergelar ibu

JANGAN BERHENTI, kita semuaaa sentiasa sokong anda, in syaa Allah

#supportbreastfeeding


Jangan bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya anda bermasalah dalam memulakan penyusuan, sontohnya, latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts dan sebagainya


JANGAN ambil hati dan terlalu hiraukan pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi, yang mana mereka ini mungkin orang yang rapat dengan anda. JANGAN lupa untuk menolak dengan cara yang baik


JANGAN malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan ibu ~ anda boleh bertanya dengan teman-teman yang sama-sama menyusukan bayi, tak kira teman online atau in real life. Hendak seribu daya


JANGAN kedekut untuk membeli pam yang benar-benar berkualiti agar dapat memaksimumkan pengeluaran susu ketika mengepam. Rasanya kalau dibandingkan dengan harga susu formula sekarang ini, saya rasa dalam dua tiga bulan dah boleh balik modal. Lagipun, khasiat susu ibu langsung tidak boleh diukur dengan dengan wang ringgit


JANGAN lupa untuk menjaga pemakanan, agar anak kita akan sama-sama dapat manfaat dan khasiat daripada apa yang kita makan. Walaubagaimanapun, pada awal-awal kelahiran, cuba jauhkan daripada makanan atau minuman yang boleh memberi kesan kepada kualiti susu, contohnya ais, kafein, sayur-sayuran yang ber'angin' seperti brokoli


JANGAN abaikan postur badan ketika menyusu untuk mengelakkan sakit belakang. Gunakan bantal untuk menyokong lengan dan bayi anda supaya kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selesa


JANGAN sia-siakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan anda dengan bayi semasa menyusu ~ belailah rambutnya, usik hidungnya, berbuallah agar hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra, In Syaa Allah sehingga dewasa kelak


JANGAN cepat putus asa jika tidak dapat menyusukan bayi dengan sempurna pada peringkat awal ~ dapatkan nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi ( di hospital mesra bayi atau klinik yang ada pusat penyusuan) atau support group di internet dan mesia sosial


JANGAN sesekali berkata susu anda tak cukup untuk bayi ~ In Syaa Allah, dengan cara yang betul, bayi anda mendapat susu yang cukup, dengan syarat
...Jangan berhenti menyusukan bayi dan jangan lupa mengepam apabila anda berjauhan daripada bayi...


JANGAN terlalu taksub untuk menurunkan berat badan lepas bersalin sehingga memberi kesan kepada pengeluaran susu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi membakar 200 - 500 kalori sehari. In Syaa Allah, berat badan kita akan berkurangan dengan sendiri tanpa perlu berdiet. Lagipun, kita mengambil masa 9 bulan untuk kembali kepada berat post-baby, jadi, tidak logik rasanya jika mahu terus slim dalam masa dua tiga bulan, bukan?

Salam Sayang,
eeiyss
#supportbreastfeeding


No comments:

Post a Comment

Tags

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Miss Fifi. Designed by Miss Fifi.